Usia Terbaik Untuk Mendirikan Rumahtangga Adalah 28 Hingga 32, Ini Penjelasannya

Menerusi satu kajian untuk mengelakkan penceraian
ataupun perpisahan dalam tempoh 5 tahun pertama, usia yang paling ideal untuk
berkahwin adalah di antara 28 dan 32 tahun.

Nick
Wolfinger, ahli sosiologi dari University of Utah, telah menjalankan kajian ini
dan telah diterbitkan oleh Institut Pengajian Keluarga. Di dalam kajiannya,
pasangan yang telah berkahwin antara umur 28 dan 32 tahun paling sedikit
berpisah.

Wolfinger
telah menganalisis data dari tahun 2006 hingga 2010, dan data dari Kajian
Kebangsaan Pertumbuhan Keluarga dari tahun 2011 hingga 2013.

“Kemungkinan
perceraian berkurangan apabila anda berusia dari remaja hingga dua puluhan dan
awal tiga puluhan,” tulisnya. “Selepas itu, peluang kadar perceraian meningkat
lagi, apabila anda memasuki usia lewat tiga puluhan dan awal empat puluhan.”

Analisis
kajiannya menunjukkan bagi setiap tahun selepas umur 32 tahun, kemungkinan
perceraian meningkat sekitar 5 peratus. Maknanya anda mempunyai keluarga sesuai
pada usia yang tidak terlalu muda, tetapi juga tidak terlalu tua.

Pastinya,
ini termasuk dalam perkembangan baru, kerana ahli sosiologi sebelum ini percaya
bahawa menunggu lebih lama sebelum akhirnya berumah tangga biasanya
menghasilkan kestabilan yang lebih baik.

Ada
banyak sebab mengapa usia di akhir 20-an hingga awal 30-an masuk akal untuk
memulakan hubungan seumur hidup dengan seseorang. Pada usia itu, kita sudah
cukup matang untuk membezakan antara perasaan sebenar dengan seseorang, atau
hanya dibutakan oleh keinginan sahaja. Pada ketika ini, kita juga telah membuat
pilihan kehidupan yang penting dan boleh mengambil beberapa tanggungjawab.

Sebenarnya,
masih ada lebih banyak kajian mengenai usia sebenar untuk perkahwinan yang
sedang dijalankan. Walaubagaimanapun, sebagai orang Islam, kita perlulah
percaya kepada ketentuan Allah disamping berusaha untuk menjadi yang terbaik
kepada pasangan hidup kita.

(Visited 12 times, 1 visits today)