Resepi Buat Brownies Yang Masih Lagi Newbies Dalam Buat Kek.. Ikut Je Setep Ni

Bahan-bahan (Saiz 8×8 inci)

  • 300g Dark Chocolate
    • 100 gm butter
    • 100 gm gula
    • 3 biji telur size A
    • 1 tsp esen vanilla
    • 125 gm tepung gandum
    • 1/4 cawan chocolate chips
    • 1/4 cawan white chocolate chips (coklat putih)
    • 1/2 tsp garam
    • walnut dan almond cincang kedalam adunan (optional)

Cara-cara :

  • 1 Panaskan oven suhu 160C
  • 2 Potong coklat bardan butter kecil-kecil dan cairkan keduanya sekali dengan kaedah double-boiler sehingga cair sepenuhnya. Angkat dari api.
  • 3 Masukkan gula, kacau sebati.Masukkan pula esen vanilla.
  • 4 Masukkan telur sebiji demi sebiji. Setiap sebiji masuk, kacau dan kemudian masuk sebiji lagi. Buat sehingga habis. Kacau sekejap je pakai senduk.
  • 5 Masukkan tepung dan garam. Kacau rata tapi jangan over mix.
  • 6 Masukkan chocolate chips. Simpan sedikit untuk tabur diatas.
  • 7 Tuang dalam acuan yang digris dan kemudian diletak kertas alas (parchment paper). Kertas alas bagi lebih sikit keatas supaya senang nak tarik brownies dari acuan.
  • 8 Tabur lebihan chocolate chips diatas. Boleh juga tambah walnut atau almond.
  • 9 Bakar pada suhu 160C selama 35-40 minit atau sehingga cucuk cake tester keluar bersih. Jangan terlebih masak sebab nanti agak kering dan tak sedap. Kena lembab sikit baru sedap!
  • 10 Brownies ni sedap dimakan pada keesokan harinya.
(Visited 116 times, 1 visits today)