Pernah Rasa Kerabu Sardin? Menu Terlajak Mudah Ni Memang Sedap

Sardin adalah
makanan dalam tin yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Mudah, enak dan
senang dibawa kemana-mana. Biasanya selain dimakan begitu sahaja, sardin juga
dimasak sambal, masak lemak cili padi, kari dan bermacam-macam lagi. Tapi
pernah anda cuba Kerabu Sardin? Ha…mesti tak pernah kan? Admin pun baru pertama
kali jumpa resipi ni. Nampak sedap. Jom cuba resipi perkongsian saudari Hunny Wanny.

KERABU
SARDIN

BAHAN-BAHAN

  • Sardin
    tin | isi dan kuah diasingkan
  • Bawang
    besar | dihiris
  • Cili
    padi | dihiris
  • Cili
    besar | dihiris
  • Tomato
    | dihiris
  • Asam
    keping
  • Garam
    secukup rasa

CARA
MEMBUAT:

  1.  Carik kasar isi ikan sardin dan gaulkan dengan
    semua bahan diatas.
  2.  Tambah sedikit kuah sardin. Gaul rata.
  3.  Kalau nak masak dulu sardin tu pun ok. Ikut
    citarasa. ( empunya resipi masak dulu sardin sekejap).
  4.  Sedia untuk dinikmati.

*Jika suka, boleh tambah hirisan ulam raja, bunga
kantan, daun selom atau ulam-ulam yang lain.

Info
Asam keping boleh digantikan dengan perahan jus limau
lipis. Jumlahnya ikut tahap kemasaman yang anda suka.

Apa pandangan anda dengan
artikel ini? Komen di bawah:

(Visited 24 times, 1 visits today)