Nak Kuku Kilat Tapi Tak Nak Berbelanja Mahal, Anda Harus Ikuti Tip Ni

Kuku adalah anggota badan yang perlu dijaga untuk
penampilan kelihatan kemas dan bersih. Walapun bahagian kecil tetapi jika kotor
dan kusam pasti kelihatan kurang menarik.

Kuku anda kusam? Tiada masa pergi manicure? Tahukah
anda dengan menggunakan tiga bahan ini mampu menghasilkan kuku yang kilat dan
sihat. Tiga bahan ini mudah didapati dan harganya juga murah dan berbaloi.

1. Ubat Gigi
Caranya, gosokkan ubat gigi pada kuku dengan menggunakan kain kesat (tuala)
atau berus. Gosok sehingga kuku nampak berkilat dan licin.

2.
Kulit Telur Ayam

Goreng kulit telur ayam kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk. Gosok pada
kuku sehingga kilat.

3.
Limau Nipis dan Buah Belimbing

Perahkan tiga biji limau nipis, kemudian ambil airnya dan campur sedikit air
biasa. Rendamkan tangan di dalamnya selama 15 minit. Kemudian ambil belimbing
buluh dan gosok pada kuku. Bilas tngan seperti biasa dan kuku akan nampak lebih
berkilat.

Apa pandangan anda dengan
artikel ini? Komen di bawah:

(Visited 5 times, 1 visits today)