Isteri Setia Adalah Isteri Yang Boleh Terima Suami Tidur Berdengkur

Dengkuran
ialah bunyi pernafasan yang kuat dan bising ketika tidur. Jika seseorang itu
berdengkur, ia menandakan saluran pernafasannya terhalang seketika. Ini
disebabkan halangan dalam saluran pernafasan. Getaran tisu pada bahagian
kerongkong menyebabkan bunyi dengkuran itu muncul. Sebagai seorang isteri,
majoriti memang sentiasa sabar dengan bunyi dengkuran si suami setiap malam
kan. Anda memang tabah dan setia, namun harus diingat, dengkuran ini boleh
membawa m4ut jika terus dibiarkan.

Kira-kira
50 peratus individu berdengkur dan ia dianggap perkara biasa. Namun apabila
mengganggu tidur orang lain dan juga menyebabkan kualiti tidur terganggu, itu
menandakan individu berkenaan memerlukan r4watan bagi mengatasi atau
setidak-tidaknya mengurangkan dengkurannya.

Ramai
tidak tahu berdengkur mengakibatkan seseorang tidak mendapat kualiti tidur yang
diinginkan. Ketika berdengkur badan sebenarnya tidak mendapat rehat secukupnya.
Akibatnya mereka mudah mengantuk pada siang hari, kerap tidur, kelihatan tidak
bermaya dan tidak boleh fokus pada kerja.

Punca
berdengkur

Terdapat
pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang itu berdengkur. Selain masalah
sinus, perbezaan anatomi struktur mulut menjadi punca kepada tahap dengkuran
seseorang. Berdengkur juga kerap dialami mereka yang minum alk0hol, alahan pada
cuaca sejuk dan mempunyai berat badan berlebihan atau obes.

Apabila
lelangit lembut dalam keadaan tebal dan rendah serta mempunyai tonsil yang
terlalu besar, ia menyebabkan tekak menjadi kecil pada bahagian belakang.
Keadaan ini menyebabkan getaran berlaku sehingga mengeluarkan bunyi yang kuat.

Bagi
individu yang mempunyai berat badan berlebihan bunyi dengkuran terhasil apabila
tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar antara satu sama
lain. Begitu juga mereka yang minum minuman beralk0hol sebelum tidur akan
menyebabkan otot bergetar dan menghasilkan bunyi dengkuran.

Berdengkur
boleh dialami sesiapa sahaja sama ada lelaki, wanita atau kanak-kanak. Bagi
kanak-kanak berdengkur boleh menjadi tanda masalah tonsil.

Oleh itu
kanak-kanak yang kr0nik berdengkur perlu diperiksa oleh otolaringologis, yang
boleh mencadangkan tonsilektomi untuk mengembalikan kanak-kanak itu kepada
kesihatan yang normal.

Raw4tan
untuk dengkur

Dengkuran
yang serius perlu dir4wat kerana ia boleh membah4yakan kesihatan dan
menyebabkan komplikasi seperti tek4nan d4rah tinggi, penyak1t jantung, strok
dan aritmia (denyutan jantung tidak teratur).

Bagi
individu yang tidak mendapat tidur berkualiti, mereka mudah mengantuk pada
waktu siang, sak1t kepala pada sebelah pagi, keletihan, cepat marah dan
mengalami g4ngguan konsentrasi.

Terdapat
r4watan laser Fotona iaitu laser intraoral bagi mengurangkan dengkuran dengan
berkesan. Ia pilihan yang tepat kerana r4watan ini tidak menyak1tkan dan tidak
membabitkan ris1ko pembed4han. Sebelum melakukan r4watan keadaan pesak1t akan
diperiksa terlebih dahulu. Selepas itu sejenis alat akan diletakkan di dalam
mulut pesakit dan menerusi cahaya laser ia akan membuka saluran pernafasan
farinks yang sempit di satu bahagian hidung, mulut dan tekak.

Untuk
menyelesaikan masalah berdengkur, laser Fotona akan meningkatkan saiz saluran
udara dan mengurangkan pergolakan tisu sehingga bunyi dengkuran tidak lagi
kedengaran.

Rawatan
Fotona menggunakan kaedah laser lembut yang memanaskan tisu di belakang tekak
untuk membolehkan udara mengalir dengan lebih bebas. Laser ini mempunyai kesan
pengetatan disebabkan pengecutan kolagen dalam tisu mukosa mulut.

Apabila
tisu lembut farinks mengecut, saluran udara mengembang dan getaran tisu lembut
farinks terhenti. Ia dapat mengurangkan kesan apnea tidur dan amplitud
dengkuran. Mereka yang mempunyai masalah dengkur perlu menjalani tiga sesi
r4watan berasingan dalam tempoh enam minggu bagi mendapatkan kesan yang
optimum. Hasilnya bertahan sehingga setahun dan terapi boleh diulang selepas itu.

Penyelidikan
membuktikan laser Fotona berupaya mengurangkan intensiti dan tempoh dengkuran.
Pesak1t akan mendapatinya mereka lebih selesa dan nyenyak. R4watan ini juga
tidak menyakitkan, mudah dan selamat. Tiada masa pemulihan dan pesak1t tidak
perlu memakai alat ketika tidur. Apa yang penting selepas r4watan pesak1t
dinasihatkan minum banyak air bagi mengurangkan rasa kering.

(Visited 44 times, 1 visits today)