Inilah 9 Pantang Larang Perlu Dielakkan Sekiranya Melancong Ke Jepun

Tidak kira siapapun anda, sekiranya anda ke luar negara, sila
jaga kelakuan dan perangai kerana anda secara tidak langsung membawa imej
negara kita Malaysia.

Jepun merupakan antara lokasi pilihan ramai rakyat Malaysia.
Antara tempat yang menjadi pilihan termasuklah Tokyo dan Kyoto. Tidak kiralah
ke mana sekalipun anda pergi melancong, seeloknya kita perlu tahu budaya dan
pantang larang setempat agar kita tidak dipandang rendah.

Negara Jepun sememangnya terkenal dengan budaya lemah lembut dan
sopan santun. Sekiranya anda merancang untuk ke Jepun dalam masa terdekat,
pastikan anda tidak membuat pantang larang berikut.

Bersin Di Tempat awam

Bersin di khalayak ramai di Jepun dianggap tidak sopan kerana
dianggap perbuatan yang kotor. Masyarakat Jepun terkenal dengan budaya menjaga
kebersihan yang amat tinggi. Kalau boleh, tahan bersin atau cari tempat sunyi
dan bukan di kawasan orang ramai. Sebaiknya pakai topeng muka yang selalu
digunakan oleh orang jepun jika kurang sihat.

Tiada Tipping

Sesetengah tempat memberi tipping adalah perkara biasa. Tetapi
di negara jepun, adalah sebaliknya. Amalam ini dianggap kurang sopan jika anda
memberi tipping. Ini kerana, upah kerja yang dilakukan oleh mereka adalah hasil
dari tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh majikan. Jika anda tehutang
budi kepada seseorang di sana, pemberian kecil seperti hadiah lebih disenangi
berbanding duit.

Tunduk atau “BOW’

Masyarakat Jepun sangat terkenal dengan budaya tunduk dan bow,
amalan ini sering dilakukan ketika bertemu dengan individu lain untuk
menunjukkan tanda hormat dan ingin menyapa dengan baik. Tetapi perlu diingatkan
jangan terlampau tunduk ke bawah kerana ianya akan kelihatan pelik.

Jangan membuang sampah
merata-rata 

Negara Jepun terkenal dengan negara yang bersih dan paling susah
untuk anda menemui sampah. Mereka sangat cinta akan kebersihan negara mereka
dan tidak sesuka hati untuk mengotorkan negara mereka. Oleh itu, jika anda
tidak menemui tong sampah, simpan dahulu sampah di dalam poket atau beg sebelum
anda menemui tong sampah. Jika tidak, anda mungkin akan dimarahi oleh orang
Jepun.

Tidak Bercakap atau menggunakan
telefon bimbit dengan nada yang kuat

Jika boleh, elakkan bercakap dengan kuat menggunakan telefon bimbit
di Negara Jepun kerana ia seperti menggangu ketenteraman awam. Sekiranya di
tempat awam seperti kereta api di Jepun, anda akan mendengar pengumuman meminta
agar pengguna telefon mematikan telefon dalam mod senyap.

Berdiri di sebelah kiri
elevator 

Di negara-negara maju seperti Jepun, mereka amat menghormati
mereka yang perlu bergerak dan berjalan laju menuju ke sesuatu tempat. Oleh
itu, kebanyakan mereka berdiri di sebelah kiri elevator jika tiada apa-apa
urusan untuk cepat. Kecuali di Osaka ianya di sebelah kanan.

Bahasa Inggeris

Jangan terkejut jika anda ke Jepun, mereka tidak faham apa yang
anda cuba sampaikan. Ini kerana, mereka mengagungkan bahasa mereka sejak dari
dahulu lagi. penggunaan bahasa inggeris sangat rendah dan bahasa jepun adalah
bahasa utama pengantaraan di sana. Jika anda tidak tahu bahasa Jepun, boleh
cuba berbahasa inggeris dengan perlahan diikuti oleh insyarat tangan supaya
mereka memahami. Selain itu, mungkin anda juga boleh memuat naik aplikasi
bahasa jepun di telefon anda untuk membantu berkomunikasi di sana.

Minta Izin sebelum ambil gambar

Ambil gambar orang Jepun sebaik-baiknya minta izin dahulu.
Jangan nampak cantik pakai kimono anda terus nak ambil gambar mereka
senyap-senyap. Ini akan mendatangkan kemarahan kepada mereka walaupon anda
pelancong. Jika anda sudah meminta kebenaran, dan mereka benarkan, baru anda
ambil gambar mereka. Jika boleh Elakkan mengambil gambar budak-budak. ini
kerana mereka akan beranggapan anda ingin mengamcam anak mereka.

Jangan gunakan Chopstick untuk
memberi makanan

Jika anda sedang makan di mana-mana restoran di Jepun dengan
menggunakan Chopstick, jangan beri makanan kepada kawan anda disebelah atau
berdekatan dengan anda menggunakan chopstick. Sebaliknya, angkat pinggan dan
hulurkan kepada kawan anda. Ini kerana akan mengingatkan mereka kepada
kematian. Oleh itu, amalam ini sangat dilarang sama sekali di Jepun.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

(Visited 15 times, 1 visits today)