Ini Adalah Contoh Riak Yang Kita Sentiasa Buat Tanpa Kita Sedar

Manusia kadang-kadang terlepas pandang perkara penting ini,
ataupun memang sudah tahu, tetapi sengaja hendak menunjuk-nunjuk. Apa perkara
itu? Riak! Ramai yang berlumba-lumba hendak memberitahu apa kelebihan diri pada
umum, tanpa mengetahui bahawa ianya adalah salah satu perkara yang ALLAH S.W.T
larang dan ianya adalah berdosa!

Sebenarnya ada yang sudah mengetahui bahawa riak itu berdosa,
tetapi masih juga menunjuk-nunjuk kerana rasa diri lebih baik dari orang lain.
Mengapa begitu? Tidak percaya akan azab ALLAH S.W.T? Lagi-lagi sekarang zaman
serba serbi canggih, ada aplikasi Facebook. Setiap hari update status tentang
kelebihan diri, berbangga-bangga diri sehingga mendatangkan perasaan menyampah
orang sekeliling.

Perasaan riak ni kadang-kadang orang buat tanpa sengaja, fikir
ianya perkara biasa saja tetapi rupanya berdosa! Hati-hati apabila update
sesuatu di laman sosial ya ! Antara riak yang orang tak sedar selalu buat ialah
:

Puji Anak Berlebihan –
Boleh dikatakan setiap hati update pasal anak, anak cantik la, anak bijak la
dekat facebook, instagram, sampaikan orang naik menyampah. Sepatutnya anda peka
dengan rakan-rakan anda yang mungkin belum berpeluang merasa ada anak, pasti
mereka rasa sedih.

Check in Hospital Mahal –
Snap gambar dalam hospital, suruh ralan-rakan doakan anak supaya cepat sembuh.
Tetapi caption hastag nama hospital-hospital terkenal, hospital yang
mahal-mahal. Sebenarnya dalam hati nak bagitahu yang dia mampu pergi hospital
mahal. Bukan nak suruh doakan anak tu sangat.

Bersyukur Tak Habis-Habis –
Tak habis-habis update pasal duit yang banyak. Bersyukur katanya. Selang
seminit update ‘Alahmdulillah. Alhamdulillah duit masuk lagi, syukur
alhamdulillah’ sebenarnya bersyukur itu perbuatan yang baik, tetapi salah
caranya. Jika betul hendak besyukur, solat dan buat sujud syukur. Bukan duk
heboh dekat laman sosial.

Tunjuk Kereta Mahal –
Tangkap gambar dalam kereta, nampak stereng sekali. Captionnya ‘teruk jam jalan
hari ni’. Sebenarnya nak bagitau yang dia tengah bawa kereta mahal, orang yang
ada kereta lebih mahal dari dia pun tak riak!

Shopping –
Suka shopping lepastu ambil gambar dan update dekat laman sosial, caption pulak
‘ letih shopping hari ini, sikit-sikit je keluar duit hari ni’ tapi dalam
gambar bukan main banyak barang yang dibeli. Nak berlagak pun tak payah nak
menunjuk sangat kan?

Serba Baru –
Dekat nak raya ni nanti ada la yang update pasal sofa baru, langsir baru, baju
baru. Sila kaga perasaan orang yang tak mampu, dah beli barang baru tu senyap
saja, jangan nak heboh. Bukan semua orang nak tahu pun, menyampah ada la

Muka Lawa –
Suka ambil gambar sendiri dan upload dekat Facebook, caption ‘ tak lawa macam
makwe awak-awak semua’ tetapi sebenarnya nak orang komen pujian. Nanti kalau
orang komen cakap memang tak lawa pun, marah pulak. Pelik kan!

Maka hindarilah dari bersifat riak !

Dalam Al-Quran, Allah swt berfirman yang bermaksud :

“Maka celakalah (azab) bagi
orang yang sembahyang, yang mereka itu lalai daripada sembahyangnya lagi mereka
itu riak.” (Surah Al Maun : ayat 4-6)

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 264, Allah swt berfirman maksudnya:

“Hai orang-orang yang beriman
janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang
yang menafkahkan hartanya kerana riak manusia.”

Kesimpulannya, jangan bersikap riak. Allah S.W.T melarang
sesiapa yang bersifat riak. Jika selalu amalkan sikap riak ini, orang benci,
dosa pun dapat. Jangan hidup hanya mengharapkan pujian semata-mata. Sebaiknya
amalkan sikap rendah diri, itu lebih baik.

(Visited 32 times, 1 visits today)