Hati Tidak Tenteram? Inilah 5 Puncanya Yang Kita Anggap Hal Remeh

Pernahkan anda merasakan hari anda seolah-olah macam
tidak kena? Rasa yang menyebabkan kita tidak selesa, rasa tidak lepas dan tidak
puas bila melakukan sesuatu. Semuanya berasa hambar dan tawar. Seperti tiada
kepuasan dalam hidup. Kita juga selalu mudah untuk rasa terluka dan berkecil
hati dengan orang-orang dan suasana sekeliling. Rasa seperti kita tidak
difahami dan merasa sentiasa bernasib malang.

Itu sebenarnya adalah berpunca daripada hati tidak
tenang. Apakah sebenarnya yang menyumbang kepada hati tidak tenang dan
perasaan-perasaan yang menyesakkan ini?

1. Hati Tidak Tenang Kerana Tidak Memaafkan Atau
Sukar Memaafkan.

Kadang hati kita tak tenang dan terus-terusan terluka
sebab kita terlalu sukar untuk memafkan. Cuba perhatikan aliran air. Apa jadi
kalau sesuatu terkumpul dan bertakung terlalu lama? Air tak dapat mengalir
lancar, jadi keruh dan kotor. Begitu juga hati. Kita terlalu sukar nak
memaafkan, dan benda tu jadi benci, jadi dendam dalam hati. Maka hati kita pun
kotor, sebab kita tak dapat lihat hikmah dan kebaikan dalam memaafkan. Nah,
itulah puncanya hati tidak tenang.

Apa yang harus kita buat? Maafkanlah.

Sememangnya kemaafan tak dapat mengubah apa yang
jadi, tapi sekurang-kurangnya ia membukan jalan kepada sesuatu yang baik untuk
masa hadapan, membuka hati kita sekurang-kurangnya untuk melihat hikmah, untuk
tidak bersangka buruk dan mengajar hati menjadi lembut dan baik. There’s a lot
of beauty things in this world. You will not be able to see it if you fulfill
your heart with anger and hatred. To see ugliness in others people is the
reflection of the ugliness in our own heart. Ketika diri dibenci dan dilukai,
tanyalah kembali kepada diri ; kepada apa kita bergantung harap? Kepada apa
kita terikat? Jika jawapan kita adalah Allah, inshaAllah, kita akan tenang, dan
menyerahkan kembali hal kelukaan hati kita kepada DIA.

Seek the higher healer, carilah penawar terbaik
daripada yang paling tinggi, Allah. Dan maafkanlah sesama manusia, supaya hati
kita tidak tenat dan membuka ruang lain untuk kebahagiaan. Love with all of
your heart, but depend only on Allah

2. Menggunakan sesuatu yang haram & tak terfikir
tentangnya

Kadangkala kita terlepas pandang tentang
perkara-perkara yang sebenarnya boleh menjadi haram didalam kehidupan seharian
kita. Ya, memang kita amat sensitif dalam bab menjaga soal halal haram makanan
kita, tetapi adakah kita peka dengan haram-haram yang lain?

Salah satu contoh yang paling senang dan terbaru
dalam kehidupan masyarakat kita ini, adalah ramai diantara kita menggunakan
simkad ghost, iaitu simkad yang dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk
membolehkan kita menggunakan internet dari telco di negara kita, secara percuma
dan unlimited.

Secara bahasa ringkasnya, simkad ghost ini ‘mencuri’
data dari pihak telco (celcom, maxis, digi). Jadi, apa masalahnya? Masalahnya,
ramai diantara kita secara sedar dan tidak sedar bahawa perbuatan ini haram
(data internet curi) dan secara gembiranya melayari internet tanpa had.

Oleh itu bagaimana kita hendak mengharapkan hati kita
tenang bila menggunakan perkara yang haram? Sebenarnya perkara-perkara seperti
inilah membawa kepada ketidaktenangan hati dan keresahan jiwa, serta menyekat
limpahan rezeki kepada kita. Mungkin kita boleh berjimat dengan membeli simkad
ghost ini, tetapi adakah ia berbaloi untuk kita kehilangan ketenangan hati yang
mahal harganya? Bahkan menghalang kita dari mendapat rezeki-rezeki yang lain.
Ini adalah satu contoh. Banyak lagi contoh-contoh lain lagi yang membawa kepada
haram dan syubhat.

Apa yang harus kita buat? Elakkan benda yang syubhat
dan haram. Sentiasalah berfikir panjang sebelum melibatkan diri kita dalam
satu-satu perkara. Fikirkan darimana sumbernya, bagaimana ia berfungsi dan
adakah ia selari dengan kehendak syariah? Sentiasa sematkan dalam fikiran,
“jika aku buat ini, adakah Allah redha dengan perbuatan aku ini?” InsyaaAllah
jika kita sentiasa menjaga soal halal-haram ini, Allah akan menganugerahkan
kenikmatan ketenangan hati yang tidak terhingga kepada kita. Sebab tiada apa
yang lebih bernilai didalam dunia ini melainkan mempunyai hati yang tenang.

Jadi mulai sekarang, sila audit setiap apa yang kita
gunakan, skim pelaburan yang kita ceburi, dan setiap perbuatan kita – adakah ia
mempunyai unsur haram? Semoga Allah membantu kita membersihkan kita dari segala
yang haram.

3. Hati tidak tenang kerana selalu
melambatkan-lambatkan solat

*Pukul berapa biasa kita bangun solat subuh?* Tepat
pada waktu atau pagi sudah terang? Atau langsung terlepas solat subuh?
Kadang-kadang kita tidak perasan dan tidak sedar, ada perkara-perkara kecil
yang kita buat menyebabkan hidup kita musnah seharian. Jiwa tidak tenang dan
selalu rasa susah hati. Ini kerana kita melakukan dosa-dosa yang dianggap remeh
dan kecil sedangkan dosa adalah tetap dosa. Tetap ditulis oleh Malaikat sebagai
amalan buruk yang akan dibalas dengan hukuman yang setimpal oleh Allah s.w.t.

Apa yang harus kita buat?

Kita tidak sedar, rasa susah hati, jiwa tidak tenang,
hidup kelam kabut, kerja selalu tidak menjadi, selalu kena marah adalah sebagai
hukuman kepada kita yang memandang remeh kepada setiap dosa yang dilakukan.

Oleh itu mulai sekarang:

  • Solat
    diawal waktu
  • Berjamaah
    (dimasjid bagi lelaki)
  • Jangan
    solat terburu-buru. Ambil masa untuk solat dengan tertib dan sempurna.
  • Berdoa
  • Jaga
    solat subuh!

4. Hati tidak tenang kerana tidak membaca Al-Quran
lebih dari 3 Hari

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati
menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )

Orang yang selalu mengingati Allah biasanya tidak
pernah terlepas masa untuk membaca Al-Quran. Walau sesibuk mana pun dia, dia
tetap mengambil masa untuk membaca Kalam Allah ini. Apa yang harus kita buat?
Murabbi Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan supaya jangan tinggalkan membaca
Al-Quran melebihi 3 hari walaupun kita sangat sibuk.

Al-Quran bukan untuk sekadar dibaca dan didengarkan.
Tapi juga untuk diamalkan. Kebanyakan dari kita, Al-Quran hanya sekadar
didengar oleh telinga, padahal yang sebenarnya harus dihayati maknanya sehingga
sampai ke hati. Kerana antara manfaat yamg besar dari membaca Quran itu ada
dua, kalau tidak untuk menenangkan hati, ia akan menjadi penawar untuk
mengubati.

5. Terlampau Berkira dan Kedekut

Jangan pernah kita terlampau berkira dalam kehidupan
kita. Percaya atau tidak, orang yang kedekut serta berkira ini rezekinya sempit
dan hatinya selalu tidak tenang. Pernah ada seorang kenalan saya meluahkan
perasaannya bahawa dia berasa hidupnya malang kerana barang-barangnya selalu
hilang dan rosak. Malah penyakit selalu datang bertimpa-timpa kepadanya
sehingga selalu keluar masuk hospital. Hatinya rasa tidak tenteram memikirkan
masalah selalu menjengah kepadanya. Saya hanya mendiamkan diri.

Sebenarnya dia seorang yang amat berkira dalam segala
hal. Berkira dalam membuat kerja, kedekut dan selalu beranggapan bahawa dia
akan rugi jika menolong orang lain kerana belum tentu menolongnya lagi. Berbeza
pula dengan kenalan saya yang seorang lagi, dia sangat pemurah (suka bersedekah
/ memberi hadiah) dan suka membantu orang lain. Apa yang saya perhatikan,
hidupnya cukup gembira dan senyuman sentiasa mengukir. Kelihatan jelas
ketenangan diwajahnya, suka untuk melihat wajahnya. Pernah semasa kami
berbual-bual, dia mengatakan dia berasa tenang bila dapat bersedekah. Mungkin
amalan sedekah ini salah satu kunci untuk mendapat hati yang tenang?

InsyaaAllah.

* Mungkin tidak adil saya menilai orang lain dari
perspektif saya, namun apa yang saya dapat perhatikan, orang yang terlalu
berkira dan kedekut ini bukan sahaja kurang disenangi sesama manusia, bahkan
sentiasa mengalami masalah. Yang baik itu kita ambil jadikan teladan, yang
buruk kita jadikan sempadan. Melakukan kebajikan bukannya bermaksud kena
‘memberi sesuatu’, bah kan ianya boleh datang dalam bentuk yang pelbagai.
Antaranya ialah melakukan kebajikan dengan bersikap menyenangkan hati orang
lain.

Apa yang harus kita buat? Buangkan sikap negatif
dalam diri kita. Mudahkan untuk menolong orang lain, sentiasa senyum dan jangan
kedekut untuk mengeluarkan sedekah. Kerana kita kena yakin setiap kebaikan yang
kita buat itu akan dibalas oleh Allah dengan beribu-ribu kebaikan dan rasa hati
yang tenang.

Apa pandangan anda dengan artikel
ini? Komen di bawah:

(Visited 26 times, 1 visits today)