Fadhilat Solat Dhuha : Memurahkan Rezeki, Menolak Kepapaan

Antara
ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang
mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu
Hurairah katanya:-

Maksudnya
:”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat
kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak
tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan
dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga
hari daripada tiap-tiap bulan”

( Hadis
riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam
riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang
maksudnya : “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas
tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu
sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan
cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat
sembahyang Dhuha .”

( Hadis
riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun
kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda
Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam
satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang
maksudnya :“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni
Allah baginya aku segala d0sanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat
Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan
daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :“Aku mendengar Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan
sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah
mahligai daripada emas”

(Riwayat
Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu
sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di
waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari
naik tinggi dan panas terik.

Cara
menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain
iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat
dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan
tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:

“Adalah
Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan
menambahnya seberapa yang dikehendakinya.”

(Hadis
riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam
sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud :


Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak
ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan
barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada
orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak
enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan
sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu
berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah
akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam
melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah
tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik
daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,”

(
Riwayat At-Thabarani )

(Visited 86 times, 1 visits today)