Anda Sebenarnya Memiliki Personaliti Berwarna Biru? Inilah 10 Perangai Yang Anda Tak Sedari

Adakah anda penggemar warna biru? Jika ya, anda
mungkin seseorang yang begitu gemarkan suasana yang cukup aman dan harmoni.

Menurut pengkaji awam, mereka yang menggemari warna
biru memiliki 10 perangai unik yang mudah dikenal pasti antaranya :

1.
Konservatif

  • Anda
    tidak suka akan perubahan dan setelah selesa dengan situasi yang dihadapi, anda
    sudah merasakan semua itu cukup dan bermakna.

2.
Boleh diharap & dipercayai

  • Anda
    dilihat sebagai seseorang yang boleh boleh diharap kerana kecekapan dalam
    melakukan tugasan selain amat dipercayai orang ramai.

3.
Mudah mempercayai orang

  • Anda
    bersikap terbuka dan mudah mempercayai orang. Dalam erti lain, anda gemar
    memberikan orang peluang untuk mendekati anda.

4.
Amat berhati-hati

  • Walaupun
    anda bersikap terbuka, anda amat berhati-hati dalam setiap perkara. Tujuannya,
    agar anda tidak ditipu dan tidak menjadi mangsa dalam keadaan tertentu.

5.
Tidak impulsif atau spontan

  • Anda
    seseorang yang bersikap rigid dan sukar untuk berubah. Anda tidak impulsif dan
    sukar untuk bertindak spontan dalam pelbagai hal.

6.
Berfikir sebelum bercakap atau bertindak

  • Untuk
    mengelakkan anda tersalah cakap, anda gemar berfikir dahulu sebelum
    berkata-kata. Tindakan tersebut adalah sesuatu yang bagus dan amat dipuji.

7.
Memerlukan masa diri sendiri

  • Setelah
    penat bekerja, anda gemar untuk manjakan diri sendirian tanpa sebarang
    gangguan. Ini kerana anggap diri anda perlukan ruang privacy.

8.
Ambil masa proses & berkongsi perasaan

  • Jika mengalami kekecewaan, anda suka tenangkan diri untuk memproses emosi anda sebelum berkongsi cerita hati anda dengan orang lain.

9.
Berjiwa murni

  • Ramai
    yang melihat anda jujur dan ikhlas. Jiwa murni anda dapat dirasai oleh sesiapa
    sahaja yang mendekati anda.

10.
Bertanggungjawab

  • Jika
    menerima sebarang tugasan, anda akan pastikan semuanya beres dan anda
    meletakkan tanggungjawab 100 %.

Apa pandangan anda dengan
artikel ini? Komen di bawah:

(Visited 9 times, 1 visits today)